Thursday 24 January 2013

Indah 2.


Assalamualaikum :)

Haa, hmmm mmm haaa mmm hahaha kay. = =
Aku sebenarnya rindu betul kat Madinah dan Makkah :(
Ya Allah, agaknya bilalahh aku boleh sampai sana lagi :'( nak nngiss haha
Recently, aku rasa mcam sayu bila tngok ch106 salah sbenanya, ch114 haha, crita pasal Rasulullah <3 , Ustaz Don hot tu pg Madinah, Makkah, ak rasa hmpir stiap minit aku cakap ;

"ouhhhh yang tu" takpun "kita pena lalu lah kat situ wooo" atau "alooooo kita tak smpat pun nak pg situ" HAHA.

Sebelum aku masuk ke samura, aku hanyalah manusia yang longgar agamanya, ya, betul :(
Aku tak pernah langsung tfikir nak pg Makkah tngok kaabah atau ap ap lah, yang aku tahu, kasut sek putih = = . Kay tu pelik, perumpamaan yang agak ERR. Btw, asal kucing aku ni suka mnjilat ek, dah mcam anjing pun ada -..-
Okay sambung hahaha, but alhamdulillah on 7th Feb 2011, aku pun bpindah ke sains muar, sek sains agama. HAHAHA, btul doe, tak tipu. Tapi tapi tapi guys, SMKGP still the coolest one lah, sbb aku pernah bsekolah kat situ hoho. Sepanjang di Samura, banyak bnda yang aku belajar, mathurat, al mulk setiap malam, pasal agama ni semua, dan terima kasih kawan dan para naqibah yang banyak tunjuk ajar. Dulu Quran pgg brp kali je kot :( , tapi samura betul betul buat aku sedar, haah tak tipu, aku mula sedar knp aku dihidupkan bagai ni. Aku pun mnjadi manusia. Hahaha = =
So setelah mnjadi manusia, tiba tiba, msuk je 2012, mmg tkejut beruk tahap beruk lah bila dapat tahu yang aku bakal pg umrah tahun tu jugak, aku mula mula mcam "ouhhhh kayyy" tapi bila fikir balik, pehh gila ni, tak sabar dah ni HAHA, agak mnjengkelkan. Aku rasa mcam biauuu betul, still tak boleh pcya. HAHA, apntah masalah aku -..-

 Nextttt, haha pd 28 may, kitorang pun btolak ke KLIA, so here's my big big family, belah ayah aku. 


Hahaha seriouslyyy aku tak tahu nak cakap mcammne perasaannya tu, sebab siapa aku nak jadi tetamu Allah even umrah sekalipun. :( lepastu aku takut betul bila bca iktibar dari makkah blabla, takut, mcammne kalau jadi kat aku, ibu kata kat sana jaga mulut, jaga hati, jangan dok mrungut je haha. Okay fine, cehh mcamlah aku truk sangat HAHA = = . Nexttttt ; 



HAHA okay tngok muka orang yg excited naik flight tu, ni 1st time lah bagi aku naik flight paling lama. Mula mula tad takut lah, inilah, itulah, tapi bila dah duduk dalam flight tu, haaa, amek kau, tak boleh bhenti tngok movie hihihi, sengal je aku ni, mudah serabut, mudah dikembalikan ke normal, tak gitu ? haha. Aku rasa flight ni COOL :O
 Kitorang transit di Dubai about 3hours, tapi kan tak mcam 3 jam langsung, aku rasa mcam 5min je haha. so flight lepasniiii ke Madinahhhhhhhhh, yayayyyyyy. Excited weh, nak sampai tempat Rasul kita :3

 Madinahhhhhhh :) rindu youu sayang haha. Waktu smpai tu actually lah kan, hehe mcam gedik plak, kitorang diberitahu jangan solat subuh di masjid dulu, aku pun mcam "haaaa?" msjid mendenya ? sebab tlalu mamai, haha. So, subuh tu tak silap aku, kitorang solat kat hotel je. Pagi pagi tu, selepas bsarapan, aduh makk aiii, baru aku nampak Masjid Nabawi kat depan hotel aku je :O menangis weh, mnangis, :( Macam tak pcaya kat depan mata aku ni Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar. Pehh unbelievable (betul tak aku eja ni). Dari saat tu lah, aku mula rindu Rasulullah sangat sangat, Ya Allah :(. Seperti yang kita sedia maklum, kan tahun tu aku SPM, tmbah tmbah plak SEJ ngn PAI mmg ada blajar pasal sejarah pmbukaan kota makkah, pasal Rasul kita, dan itu mmbuatkan aku btmbah truja ni nak tngok ap yang ak blajar selama ni.


  Hihi ada sikit gambar kat Masjid Nabawi, cantik sangat masjid ni, tapi kalau nak selesa, datang awal lah, sebab ramai org, lag stu, nak masuk masjid ni tak boleh bawak camera, depan pintu dah kene check dngan pkerja masjid tu. "ya ibu, duduk, ya ibu blabla ya hajahh" pkataan yang sering tpacul dri mulut pkerja masjid, HAHA sumpah korang kene pg sini, comel btul bila org Arab try nak cakap bm. :3 Dalam Masjid Nabawi ni ada Makam Rasulullah yang merupakan tapak tempat tinggal Nabi dan Aisyah r.a.. Dan yang paling special, ada Raudhahhhhhh <3 Rasulullah sendiri yang menamakan tempat ni sbgai taman Syurgaaaaaa, so ? apa lagi hahaha. Karpet hijau tu mnandakan raudhah, kat situ kita disuruh untuk mmperbanyakkan doa. Waktu nak ke Raudhah pun ada masanya untuk muslimah, ramainya, Subhanallah ! nak masuk mmg mmerlukan kesabaran, waktu aku ngn ibu adik time tu dalam pkul 1 2 pagi cmtu, bila diberi kebenaran masuk tu, tak tahu nak kata apa, syahdu, pijak je karpet hijau, gua trus menangis. Tips paling pnting dah smpai je raudhah, trus solat, jngan la kau nak angkat angkat tngan bdoa, mmg kene halau lah, sbagusnya trus angkat takbir then solat haha. Aku solat time tu sblah muslimah Arab, dia nngis nngis time sujud, aku pun beremosi jugak, hahaha. depan je raudhah tu, ada makam Rasulullah, kekasih Allah <3



 Seperti yang kita sedia maklum jugak, perempuan dan shopping memang tidak dapat dipisahkan :P Haha tapi jangan tsasar niat sudah le. Lepas bdating dengan Allah <3, kitorang pun pg mnghabiskan duit, barang kat sini, murah murah wooo :O tapi seperti biaselah, akak afiqah kita ni sentiasa je tkd duit :3 Tak tahu lah knp, adik aku balik msia siap ada baki duit, HAHA aku adlah dlam 5riyal, err -..- al maklumlah, before umrah, kawan mcam mcam bnda nak pesan haha, ak smpai tulis list kot nak bgi souvenir kat dorang, so sweet Hanis, aww~ haha. Tapi ada bnyak lagi souvenir kat rumah aku, kalau nak boleh datang. HAHA. Nexttttt ;


Tadaaaaaa, this is Masjid Quba' ! Okay apa yang special bout this mosque ialah,Sabda Nabi Saws.jpg: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.).
Anda fahamkan ? Okay waktu ni kitorang nak melawat Madinah Al-Munawarah.Mutawif kitorang suruh amek wuduk dari hotel, so faham faham le, susah btul nak mngekalkan keadaan kami yang bwuduk tu, tapi alhamdulillah, semuanya bjalan lancar. Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina :3 Aweeeeesome~
Balik je hotel, kita buat aktiviti mcam biasa lah, pg masjid, solat, beli beli, haha dan tak boleh blah, time malam tu lapaauu so ibu gua lead ke kedai makan dia, mmg crowded gila, lepastu kitorang try lah cakap BI ceh, konon tapi hampa sebab dorang boleh bbahasa Msia dan ianya sangat baik, aloo baru nak bajet mat saleh haha, balik hotel atas lantai kitorang belasah makanan. Makanan dorang sebungkus ibarat dua bungkus di Msia haha. Lagi satu KFC kat sana, mahal gilaaaa. dan tempat bratur dibezakan mngikut jantina tak silap aku, COOL :O.
Setelah bbrapa hari di Madinah, tiba masanya say babaiii :( ntah bila lah nak smpai situ lagi. Kitorang balik hotel dan bsiap pakai kain ihram, aku teruja btul cakap pasal amalan sunat umrah, mcam blaja PAI f4 tu hoho, mandi sunat, pakai kain putih, bertalbiah spnjang jalan, ap lagi, mcam macam lah haha. Dalam pjalanan, kitorang singgah bukit uhud, kay korang google lah sndiri pasal perang uhud -..- haha, tapi Nabi dalam mnjadi jeneral tentera, baginda sangat lah blemah lmbut :3 Sayaaannggg dia, hehe. Then snggah kedai kurma bagai, choc dia rasenya mcam semua brunsur kurma :O haha.


 HAHA okay nmpak tak minah arab yang cute ni ? haha this is Makkah :D tu kaabah :) gua rinduu bngat dongg nak ke sana :(  First impression nampak kaabah, aku speechless, mngkin penat jugak kot sbb pjalanan dri Madinah ke Makkah boleh tahan jauh. Senyap je, orang lain dah mnngis, aku senyap je, aku rasa mcam nak sepak gak muka aku, apsal ni Hanis ? haha. Tapi lepas aku dah buat umrah wajib, kitorang solat subuh kat Masjidil Haram lah, haaa time tu aku mnangis tak henti henti. Ya Allah, kcik gila aku kat muka bumi Kau :( Imam tu bca surah syahdu je dngar. Time tu baru aku prasan yang aku kat masjidil haram.
= = ap jadahnya hanis haha. Lepastu kitorang buat umrah bnyak kali jugak lah, kaabah tu sangat lawa, sangat sangat, waktu tawaf tu Ya Allah, ramai sangat orang, menunjukkan psamaan taraf kita sbgai hambaNya hihi. Saie plak, aku ni tahu nak jalan cepat je, hbis semua org aku tnggal haha, kay tipu je tu. Disebabkan semuanya blajar di sekolah, aku rasa sungguh happy mmpraktikkan bnda yang dpelajari. then tahallul awal, bcukur atau potong rambut :) then kluar dri ihram, haaaaa, lega den. aku ni takut sngat kalau terbuat bnda bnda yang haram dlakukan, kangg nnt kene bayar dam haha. The best part is, sujud depan kaabah :') Kerdilnya kita ni.
                    Selepas itu, maii lah pekene ice creammm hahaa, best ! Nexttt ;


Lepastu kitorang melawat kandang unta, haha. kandang ke apa pun tak tahulah, tapi best btul sbb unta ni mata dia cunn gituu haha :3 lepastu spupu ngn mkcik pkcik aku semua adalah gak yang try susu unta fresh, tapi aku tak lah :( haha. lepastu kitorang beli teddy unta ni haa, tekan perut dia nnt dia mnyanyi, kay pelik kay unta mnyanyi YA TAIBA YA TAIBA blablabla, haha. 5riyal je tak silap aku :O

 Hehehe, okay kat Makkah pun banyak tempat menarik jugak, antaranyaaaa Jabal Rahmah, Jabal Tsur. Jabal Rahmah, terletak di dalam kawasan padang Arafah. Di puncak bukit inilah Rasulullah pernah menyampaikan khutbah, dan di sini juga tempat dipertemukan Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah beratus tahun lamanya. Hihi aku semangat gila nak doa jodoh aku. kita kan gatal :P HAHHAAA. Gua Tsur merupakan tempat yang dijadikan perlindungan Rasulullah dan sahabatnya, Abu Bakar. Rasul dan Abu Bakar bersembunyi dari kaum quraisy. Alaa korang tau kan pasal ni, yang labah labah tolong, burung pun tolong, Subhanallah !


Hmmmmm setelah agak lama duduk di kota suci Makkah, kitorang pun kenelah balik :( the worst part. Aku kalau boleh mcam nak trus tinggal sana, tak amek SPM haha tapi, angan angan je lah. Aku tahu Allah sentiasa bsama kita walaupun kita bukan di Makkah. Ya Allah terima kasih untuk semua pngajran yang Kau berikan :') Haaa kalau korang nak honeymoon ke apa ? Sini lah tempat paling sweet, make sure lah yang korangg dah jejak ke Makkah bfore ke Paris US dan lain lain. Sinilah bermulanya Islam. Aku sekadar bkongsi pngalaman je :) Salam !

Allah tidak pernah melupakan hamba hambaNya walaupun sering melakukan pelbagai dosa. Sedangkan kita sering lupa pada pencipta kita sendiri :'(








2 comments: