Wednesday 30 January 2013

Kemengarutan.

Waa izinkan saya mengarut di dalam post kali ini :)
Kemengarutan bunyi seperti margarate, margarate tu apa ? margarate tu nama mat saleh kan ? kan kan mcmmne eja dia pun aku tak tahu lah, HAHAHA = =' 
Nak tahu, softlan tu kurang wangi daripada downy, nama downy mcam brownie, brownie tu sedap gila kot. Aku pena makan sekali je kot, hmm. Dulu bfore ak masuk samura, ak tak kisah sngat pasal softener, tapi sejak dah basuh baju sndiri, ak asyik tfiikir pasal softener je, ak suka downy warna merah, passion tu. sebab dy wangi tapi tkd lah wangi sangat. Haha dsebabkan itu lah, ak tak risau kalau nak repeat guna baju sek 2 hari. hihi, sebab downy wangii~ DOWNY ADA PERFUME MICRO CAPSULES woo, dngar mcam hebat je haha. = =
Dulu ak rasa siapa yang minum susu dutchlady time prep atau kelas, orang ni msti dalam keadaan tkd masalah, sebab aku jeles tngok dorang minum susu tu :( tapi ak tak suka minum air orang. haha amende je ak ni.
Perempuan selalunya rasa bangga bila dah boleh memasak, hek eleh, hak alah, poyo je. HAHAHA, tapi aku pun sama je, aku rasa macam ak dah layak kahwin, ini lag tak boleh blah. -..-
Aku jenis yang cepat bbangga atas ap ap skill yang baru ak tahu, contohnya skrang ni ak dah pndai panaskan lauk, hoho. tapi bajet mcam dah power masak trus. HAHHAHA. ibu aku kan bkerja, so malamnya kitorang akan masak untuk lauk esok hari, dan mnjadi tanggungjawab aku untuk mmanaskan lauk. Hihi, ingat senang ke ? 
Kucing aku dah jumpa suami dia, aku namakan suami dia bugsy, sebab mata dia mcam bugsy, hahhaa. Tapi sejak dua menjak ni, suami dia tinggalkan dia, kesian dia :'(. Dah tu, asyik nak meawww je, bukan nak layan aku :'( sampai hati~ kenapa ek ?
Babaii <3 salam. hee 


Thursday 24 January 2013

Indah 2.


Assalamualaikum :)

Haa, hmmm mmm haaa mmm hahaha kay. = =
Aku sebenarnya rindu betul kat Madinah dan Makkah :(
Ya Allah, agaknya bilalahh aku boleh sampai sana lagi :'( nak nngiss haha
Recently, aku rasa mcam sayu bila tngok ch106 salah sbenanya, ch114 haha, crita pasal Rasulullah <3 , Ustaz Don hot tu pg Madinah, Makkah, ak rasa hmpir stiap minit aku cakap ;

"ouhhhh yang tu" takpun "kita pena lalu lah kat situ wooo" atau "alooooo kita tak smpat pun nak pg situ" HAHA.

Sebelum aku masuk ke samura, aku hanyalah manusia yang longgar agamanya, ya, betul :(
Aku tak pernah langsung tfikir nak pg Makkah tngok kaabah atau ap ap lah, yang aku tahu, kasut sek putih = = . Kay tu pelik, perumpamaan yang agak ERR. Btw, asal kucing aku ni suka mnjilat ek, dah mcam anjing pun ada -..-
Okay sambung hahaha, but alhamdulillah on 7th Feb 2011, aku pun bpindah ke sains muar, sek sains agama. HAHAHA, btul doe, tak tipu. Tapi tapi tapi guys, SMKGP still the coolest one lah, sbb aku pernah bsekolah kat situ hoho. Sepanjang di Samura, banyak bnda yang aku belajar, mathurat, al mulk setiap malam, pasal agama ni semua, dan terima kasih kawan dan para naqibah yang banyak tunjuk ajar. Dulu Quran pgg brp kali je kot :( , tapi samura betul betul buat aku sedar, haah tak tipu, aku mula sedar knp aku dihidupkan bagai ni. Aku pun mnjadi manusia. Hahaha = =
So setelah mnjadi manusia, tiba tiba, msuk je 2012, mmg tkejut beruk tahap beruk lah bila dapat tahu yang aku bakal pg umrah tahun tu jugak, aku mula mula mcam "ouhhhh kayyy" tapi bila fikir balik, pehh gila ni, tak sabar dah ni HAHA, agak mnjengkelkan. Aku rasa mcam biauuu betul, still tak boleh pcya. HAHA, apntah masalah aku -..-

 Nextttt, haha pd 28 may, kitorang pun btolak ke KLIA, so here's my big big family, belah ayah aku. 


Hahaha seriouslyyy aku tak tahu nak cakap mcammne perasaannya tu, sebab siapa aku nak jadi tetamu Allah even umrah sekalipun. :( lepastu aku takut betul bila bca iktibar dari makkah blabla, takut, mcammne kalau jadi kat aku, ibu kata kat sana jaga mulut, jaga hati, jangan dok mrungut je haha. Okay fine, cehh mcamlah aku truk sangat HAHA = = . Nexttttt ; 



HAHA okay tngok muka orang yg excited naik flight tu, ni 1st time lah bagi aku naik flight paling lama. Mula mula tad takut lah, inilah, itulah, tapi bila dah duduk dalam flight tu, haaa, amek kau, tak boleh bhenti tngok movie hihihi, sengal je aku ni, mudah serabut, mudah dikembalikan ke normal, tak gitu ? haha. Aku rasa flight ni COOL :O
 Kitorang transit di Dubai about 3hours, tapi kan tak mcam 3 jam langsung, aku rasa mcam 5min je haha. so flight lepasniiii ke Madinahhhhhhhhh, yayayyyyyy. Excited weh, nak sampai tempat Rasul kita :3

 Madinahhhhhhh :) rindu youu sayang haha. Waktu smpai tu actually lah kan, hehe mcam gedik plak, kitorang diberitahu jangan solat subuh di masjid dulu, aku pun mcam "haaaa?" msjid mendenya ? sebab tlalu mamai, haha. So, subuh tu tak silap aku, kitorang solat kat hotel je. Pagi pagi tu, selepas bsarapan, aduh makk aiii, baru aku nampak Masjid Nabawi kat depan hotel aku je :O menangis weh, mnangis, :( Macam tak pcaya kat depan mata aku ni Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar. Pehh unbelievable (betul tak aku eja ni). Dari saat tu lah, aku mula rindu Rasulullah sangat sangat, Ya Allah :(. Seperti yang kita sedia maklum, kan tahun tu aku SPM, tmbah tmbah plak SEJ ngn PAI mmg ada blajar pasal sejarah pmbukaan kota makkah, pasal Rasul kita, dan itu mmbuatkan aku btmbah truja ni nak tngok ap yang ak blajar selama ni.


  Hihi ada sikit gambar kat Masjid Nabawi, cantik sangat masjid ni, tapi kalau nak selesa, datang awal lah, sebab ramai org, lag stu, nak masuk masjid ni tak boleh bawak camera, depan pintu dah kene check dngan pkerja masjid tu. "ya ibu, duduk, ya ibu blabla ya hajahh" pkataan yang sering tpacul dri mulut pkerja masjid, HAHA sumpah korang kene pg sini, comel btul bila org Arab try nak cakap bm. :3 Dalam Masjid Nabawi ni ada Makam Rasulullah yang merupakan tapak tempat tinggal Nabi dan Aisyah r.a.. Dan yang paling special, ada Raudhahhhhhh <3 Rasulullah sendiri yang menamakan tempat ni sbgai taman Syurgaaaaaa, so ? apa lagi hahaha. Karpet hijau tu mnandakan raudhah, kat situ kita disuruh untuk mmperbanyakkan doa. Waktu nak ke Raudhah pun ada masanya untuk muslimah, ramainya, Subhanallah ! nak masuk mmg mmerlukan kesabaran, waktu aku ngn ibu adik time tu dalam pkul 1 2 pagi cmtu, bila diberi kebenaran masuk tu, tak tahu nak kata apa, syahdu, pijak je karpet hijau, gua trus menangis. Tips paling pnting dah smpai je raudhah, trus solat, jngan la kau nak angkat angkat tngan bdoa, mmg kene halau lah, sbagusnya trus angkat takbir then solat haha. Aku solat time tu sblah muslimah Arab, dia nngis nngis time sujud, aku pun beremosi jugak, hahaha. depan je raudhah tu, ada makam Rasulullah, kekasih Allah <3



 Seperti yang kita sedia maklum jugak, perempuan dan shopping memang tidak dapat dipisahkan :P Haha tapi jangan tsasar niat sudah le. Lepas bdating dengan Allah <3, kitorang pun pg mnghabiskan duit, barang kat sini, murah murah wooo :O tapi seperti biaselah, akak afiqah kita ni sentiasa je tkd duit :3 Tak tahu lah knp, adik aku balik msia siap ada baki duit, HAHA aku adlah dlam 5riyal, err -..- al maklumlah, before umrah, kawan mcam mcam bnda nak pesan haha, ak smpai tulis list kot nak bgi souvenir kat dorang, so sweet Hanis, aww~ haha. Tapi ada bnyak lagi souvenir kat rumah aku, kalau nak boleh datang. HAHA. Nexttttt ;


Tadaaaaaa, this is Masjid Quba' ! Okay apa yang special bout this mosque ialah,Sabda Nabi Saws.jpg: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.).
Anda fahamkan ? Okay waktu ni kitorang nak melawat Madinah Al-Munawarah.Mutawif kitorang suruh amek wuduk dari hotel, so faham faham le, susah btul nak mngekalkan keadaan kami yang bwuduk tu, tapi alhamdulillah, semuanya bjalan lancar. Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina :3 Aweeeeesome~
Balik je hotel, kita buat aktiviti mcam biasa lah, pg masjid, solat, beli beli, haha dan tak boleh blah, time malam tu lapaauu so ibu gua lead ke kedai makan dia, mmg crowded gila, lepastu kitorang try lah cakap BI ceh, konon tapi hampa sebab dorang boleh bbahasa Msia dan ianya sangat baik, aloo baru nak bajet mat saleh haha, balik hotel atas lantai kitorang belasah makanan. Makanan dorang sebungkus ibarat dua bungkus di Msia haha. Lagi satu KFC kat sana, mahal gilaaaa. dan tempat bratur dibezakan mngikut jantina tak silap aku, COOL :O.
Setelah bbrapa hari di Madinah, tiba masanya say babaiii :( ntah bila lah nak smpai situ lagi. Kitorang balik hotel dan bsiap pakai kain ihram, aku teruja btul cakap pasal amalan sunat umrah, mcam blaja PAI f4 tu hoho, mandi sunat, pakai kain putih, bertalbiah spnjang jalan, ap lagi, mcam macam lah haha. Dalam pjalanan, kitorang singgah bukit uhud, kay korang google lah sndiri pasal perang uhud -..- haha, tapi Nabi dalam mnjadi jeneral tentera, baginda sangat lah blemah lmbut :3 Sayaaannggg dia, hehe. Then snggah kedai kurma bagai, choc dia rasenya mcam semua brunsur kurma :O haha.


 HAHA okay nmpak tak minah arab yang cute ni ? haha this is Makkah :D tu kaabah :) gua rinduu bngat dongg nak ke sana :(  First impression nampak kaabah, aku speechless, mngkin penat jugak kot sbb pjalanan dri Madinah ke Makkah boleh tahan jauh. Senyap je, orang lain dah mnngis, aku senyap je, aku rasa mcam nak sepak gak muka aku, apsal ni Hanis ? haha. Tapi lepas aku dah buat umrah wajib, kitorang solat subuh kat Masjidil Haram lah, haaa time tu aku mnangis tak henti henti. Ya Allah, kcik gila aku kat muka bumi Kau :( Imam tu bca surah syahdu je dngar. Time tu baru aku prasan yang aku kat masjidil haram.
= = ap jadahnya hanis haha. Lepastu kitorang buat umrah bnyak kali jugak lah, kaabah tu sangat lawa, sangat sangat, waktu tawaf tu Ya Allah, ramai sangat orang, menunjukkan psamaan taraf kita sbgai hambaNya hihi. Saie plak, aku ni tahu nak jalan cepat je, hbis semua org aku tnggal haha, kay tipu je tu. Disebabkan semuanya blajar di sekolah, aku rasa sungguh happy mmpraktikkan bnda yang dpelajari. then tahallul awal, bcukur atau potong rambut :) then kluar dri ihram, haaaaa, lega den. aku ni takut sngat kalau terbuat bnda bnda yang haram dlakukan, kangg nnt kene bayar dam haha. The best part is, sujud depan kaabah :') Kerdilnya kita ni.
                    Selepas itu, maii lah pekene ice creammm hahaa, best ! Nexttt ;


Lepastu kitorang melawat kandang unta, haha. kandang ke apa pun tak tahulah, tapi best btul sbb unta ni mata dia cunn gituu haha :3 lepastu spupu ngn mkcik pkcik aku semua adalah gak yang try susu unta fresh, tapi aku tak lah :( haha. lepastu kitorang beli teddy unta ni haa, tekan perut dia nnt dia mnyanyi, kay pelik kay unta mnyanyi YA TAIBA YA TAIBA blablabla, haha. 5riyal je tak silap aku :O

 Hehehe, okay kat Makkah pun banyak tempat menarik jugak, antaranyaaaa Jabal Rahmah, Jabal Tsur. Jabal Rahmah, terletak di dalam kawasan padang Arafah. Di puncak bukit inilah Rasulullah pernah menyampaikan khutbah, dan di sini juga tempat dipertemukan Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah beratus tahun lamanya. Hihi aku semangat gila nak doa jodoh aku. kita kan gatal :P HAHHAAA. Gua Tsur merupakan tempat yang dijadikan perlindungan Rasulullah dan sahabatnya, Abu Bakar. Rasul dan Abu Bakar bersembunyi dari kaum quraisy. Alaa korang tau kan pasal ni, yang labah labah tolong, burung pun tolong, Subhanallah !


Hmmmmm setelah agak lama duduk di kota suci Makkah, kitorang pun kenelah balik :( the worst part. Aku kalau boleh mcam nak trus tinggal sana, tak amek SPM haha tapi, angan angan je lah. Aku tahu Allah sentiasa bsama kita walaupun kita bukan di Makkah. Ya Allah terima kasih untuk semua pngajran yang Kau berikan :') Haaa kalau korang nak honeymoon ke apa ? Sini lah tempat paling sweet, make sure lah yang korangg dah jejak ke Makkah bfore ke Paris US dan lain lain. Sinilah bermulanya Islam. Aku sekadar bkongsi pngalaman je :) Salam !

Allah tidak pernah melupakan hamba hambaNya walaupun sering melakukan pelbagai dosa. Sedangkan kita sering lupa pada pencipta kita sendiri :'(








Si Bedebah.


Assalamualaikum, HAHAHA.

Macammna nak mula crita ni ek ? okay hari ni gua memasak lagi. Err jangan terkejut, gua memang anak dara yang baik sopan :) HAHA okay ujub ya di situ.
Sebenarnya skrang ni rumah aku ada nenek aku. So kenelah jaga diri sikit, kanggg nnt kene marah free, tak mahu dong. :O
Selepas melayan Twitterrrrrrrrrr (ceh bajet) aku pun bangun dr tmpat dudukku, ingatkan nak tngok tv, tapi alamakkk ibu gua sudah pnggil.

"kakkkk come hereeeee :)" habisss akuu. :(
Aku pun bangun nak masuk bilik, nak amek mp, mana boleh mmasak tak dngar lagu najwa latiff HAHAAA.

"Tak payah mp, meh sini amek pisau tolong potong sayurrrrrrr" Omgoshh aku bukan tak tahu, bukan nak mngelak ke apaa, cumaa kan kan aku ni KIDAL, susah doe, org ajar guna tangan kanan, yang aku ni nak gedik gak guna tngan kanan, hasilnya Eww berbelit tngan aku. :( sedih sedihhh.

Aku pun senyumm mnuju ke arah ibukuu, amek pisau dannnnn Bermulalahhhh.....
Er potong sayur je kot, tapi kalau tkd papan pmotong tu tak lulus aku,
Ibu gua boleh potong mcamtu je, mcmtu je, fulamakkk cmne seh dia buat, ak try nak buat tpi hmpir tpotong jari sndiri, hampehhhh  = =
Out of the blue, haha nenek gua mencelah ;

"pikah kau nnt kalau mak mertuaa ajak memasak, hbislahh hbislahh" Okay bdekah doe aku, tapi sbenarnya tkut gak, potong sayur pun hampehh, mcammne niiiiii... tak kahwinlahh gua :( sedihhh.

Aku tak mahu dipandang rendah oleh mana mana pihak, sebelum leteran mnjadi semakin panjang, aku cepat cepat tnyaa "yayayyyyyy, nak masak ap ni ?" semngat gilaa.

"Sayur Goreng"

haa pebende tu ? aku asyik ketawa je, aku tak thulah ibu aku ni suka suka hati je bagi nama lauk tu, tiba tiba lagi nenek aku cakap
"pikah nnt kalau mak mertua kau suruh buat sayur goreng, habisslahh hbisslahh" = ='
Aku ingat sayur goreng tu tak wujud, selama aku hidup, ni baru 1st time aku dngar, pdhal ibu aku slalu je masak lauk ni, Bedebahhh punya hanis, haha.

Selesai mmotong sayur, aku pun menolong dorang masak ikan
"kita nak masak ap niiiii ?"
Ibu kata "masak ikan goreng asam blada"
"Boleh ulang balik ?" aku macam sedikit pekak.
"hmmmm mmm ikan goreng blada"
"Tad mcam ada pkataan asam"
"mana mana bolehh" cis -..-
HAHAHAHAHAHAAA, okay aku tak boleh trima hakikat ni. Mana boleh mcamtu, msti ada stu je nama lauk tu :( aku dah dapat agak, ni mesti ibu aku reka reka nama lauk ! Tapi nasib baik dia tak jawab ikan masak goreng blada kesyahduan blabblablaaa. Okay bersyukur aku.

Firstly, masukkan bawang bawang dan lada yang telah dipotong ke dalam kuali, lepastu gaul gaul :D
Aku suka gaul gaul ni, smbil bcekak pinggang pun bolehh wooo :O tak ke hebat tu ?
"kalau masukkan ni agak agak meletup tak ?" yg ni punya ayat tanya sentiasa menemani aku sewaktu ibukuu memasukkan ikan, ayakk, asam jawa dan lain lain ke dalam kuali. Langkah bjaga jaga. Heheheeee.
Tiba tiba si bedebahh sorang ni masuk dapurr, pehhhh, tercabar gua
"eleh kau, bajet je pndai masak" adikku bkata dngan penuh kehasadan kedengkian hoho.
Susah ke nak trima hakikat yang aku ni dah pndai memasak, HAHAA. People Nowadaysssss, dongki botul.

Nenek aku kata ibu dulu rajin tolong memasak, balik sek pg dapur, lepas mandi mnyental tandas.
:'3 akuuu ? -..-

Come on lahhh haniss !
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada nenek gua yang melahirkan ibu gua, ibu gua yang melahirkan gua, gua yang bakal mlahirkan anak gua, anak guaa yg bakal mlahirkan cucu gua blablabla.
Terima Kasih ! :')
Salam.



Monday 21 January 2013

Indah 1.

Assalamualaikummmmmm :D

Hari ni aku tkd buat ap kat rumah. Disebabkan terlalu bosan, aku pun mengambil keputusan untuk menengok nengok gambar lama, hahaa. Ceritanya bermula di sini ;

Sepanjang hidup, aku paling suka waktu aku form3, tak tahu la kenapa, mungkin sebab ad lagu TaylorSwift, fifteen time tu, ataupun sebab aku dapat straight A'sssss, ataupun sebab aku jumpa  Sahabat yang superrr awesome hahaha. So, sbenanya gua  nak crita pasal PascaPMR, selepas berjaya menduduki peperiksaan PMR tu, kitorang pun decide nak pergi Desaruuuuu.

Ye Desaruu, agak menyedihkan pada mulanya. Kitorang punya pmohonan nak ke situ tak diluluskan oleh pihak sekolah sebab nggak ada cikgu yg nak mengiringi kami. Sedihh :(
Tapi tapi tapi, alhamdulillah ayah hanafi, nak tolong kitorang, YAYYYYY ! haha = =


Pada 8 Nov 2010, kitorang pun bertolakk ke Desaruu, aku tak ingat lah ap nama resort dia, tpi mmang best lah. Tapi, kitorang tak boleh mandi laut, tapi tkplah, haha


                   Soooo here we are ! HOHO, gua dah pandai msukkan gambar wooo :O Nextttt ;


                               Hihi, tengok muka kawan kita tu, excited bebeno. Nexttttt hahaha ;


Okay ni lah resortnyaaaaa, waktu 1st 1st smpai kitorang dah tak sabar nak berendammm dalam itu kolam, hoho tapi gua tak dapat join atas sebab sebab tertentu :(


                      Hahaha muka aku time form3, sucii gila dongg :3 Dan agak selekeh heheeee.








 1 2 3, Gedebusshhhh hahaha, bestnya dorang mandi, setelah agak lama bermain di dalam air, kitorang pun makan la makanan kitorang sendiri, sebab malam baru ad makanan hahaha. Lapauuu weh, aku yang tngok ni pun boleh laparrr haha. Korang perasan tak, lepas kita mandi laut ke kolam ke atau ap2 lah mesti kita lapar gila kan = = kenapa ek ek ? So malammnyaa kitorang pun makan lah ;O LAPAR.


Heheee, hohoooo, hahahaaaa, hihihiii, kekekehh, fefefehh -..- Selepas makan kitorang ad buat mcam Api lahh, kat tepi laut, romantic gituu hahaha. Lepastu kitorang main kotak beracun dengan soalan sensasi yang dibuat oleh kami ;) Aku punya lah cemas weh time dapat kotak tu, takut gila sebab dah soalan tu gempak sangat. HAHAHA sengal je = = nasib baik aku btindak pantas, kotak tu sampai je kat aku, aku terus pass cepat cepat, agak menjengkelkan rupa aku time tu hahaha.


Lepastu, kitorang pun balik la ke bilik masing masing, tapi gua and the gang  gossip gossip sekejapp haha.
Rinduuuuuuuu :'3 Keesokan harinyaaaaa, kitorang dah nak balik dah, sekejap gila, haha tapi sumpahh best, kalaulah boleh diulang masa tu, kalaulah ~



                                              Hehehe, Hanis hanis hanis hanisssssssssss.

                                      
                                              Kawe guaa, comelnya comelnya :* haha.


                                                      Mirza Fitrah wiwittttt <3 kekeke.


                                                      Hisyam, Eqhwanggg, Suhailaa


But before balik, kitorang buat tukar tukar hadiah, macam biaselahh, aku tak ingat lah aku bgi siapa dan ap benda yang aku bagi = = tapi yg pnting aku dapat burung yang kalau kita tepuk tu dia pun bbunyi,
*CLAPCLAP, CHIPCHIP begini hoho. Kucing aku lah yang paling excited dapat bnda tu, hahaha, sepupu aku pun excited, senang crita kitorang semua excited, tapi kadang kadang seram gak ah kalau dia bbunyi ttibaa. Hihihiiii. Terima kasih ayah hanafi, Encik Ayub sebab merealisasikan impian kami !


                            Okay sampai di sini sahaja, aku rindu gila kawan kawan aku. Muahh :*
                                                                           Salam :)