Wednesday 15 May 2013

Asaskar.

Assalamualaikum waah makin berhabuk blog ni, kejap eh nak sapu blog ^..^

Uhuk uhuk, sorry batuk kejap. Lawak kan ? hahha
Pada post kali ini, aku ingin menceritakan tentang....jeng jeng jeng, omey kucingkuuu :3
Omey, omey mey mey sebenarnya merupakan kucing yang berbangsa cina, tapi kita kan 1 Malayisa 1 Bahtera. So selepas SPM, aku rasa mcm tkd matlamat betul duduk rumah ni, aku ingatkan nak tanam pkok, tapi hmmm takut nnt tlupa nak siram, so lupakan hasrat tu.

Tetiba aku rasa mcam rindu plak nak bela kucing, jadi bermulalah misiku untuk mencari kucing jalanan yang comel berwibawa dan comel. Lepastu ada seekor tu aku jumpa kucing kecik gilaa, tngah melepak kat tmpat sampah. Lepastu aku pun bergegas pergi kat kucing tu, malangnya dia kurus bangat, dan macam ^--^ yang -- tu mata diaaaaa okay, bukan hidung. Dapat bayangkan tak, wktu aku angkat dia, dia mcm 'haaaa aphal ni' dalam keadaan penat mcm jogging dari jb ke muar. Hidupnya ibarat hidup segan mati tak mahu. Aku pun batalkan hasrat, sbb kan dia ni mcm menyusu lagi, kecik sangat.

So hari berganti hari, cewah, pada 25 Dec rasenya lah, waktu aku pg angsana, wktu baru sampai ni, tngah hujan bushbushbush ttiba ad bunyi meaw meaw meaw. Dahlah gelap, puas aku cari dr mana datang bunyi meaw tu, sekali kan aku nampak dua biji cahaya mata -..- bukan bukan, mata yang bercahaya dr bawah kereta orang lain, aku tngok macam boleh tahan je kucing ni, yelah kan, kucing bandar. HAHAHA
Tapikan aku baru je nak pg sana, takkan lah aku nak heret je kucing tu masuk sekali dalam angsana, so macam agak sedih ah. Tapi ibu aku kata kalau ad rezeki kejap lagi jumpa lah dia.

Lepas dah jalan jalan jalan, sekali dah nak balik, aku pun mcm carilah balik si omey tu haa, lepastu kan aku tak jumpa dia, lepastu aku masuk kereta rupenya adik aku dah jumpa dulu, Terharu tak di situ ? HAHA lepastu aku pun bawak balik omey, mula mula omey ni mcm malu malu kucing, hahaha, lepas dah lama tu dia mcm dah okay lah kot, dia dulu takut nak masuk toilet.

Lepastu bulan brp ntah dia jumpa suami dia tu, si Bugsy, si mata pelik. Hahaha, lepastu dorang pun berkahwin, lepastu omey pun mengandung. Waktu dia mengandung tu, perut dia mcam bola kot, besar gila bulat hahaha. Lepastu dia macam selalu haus, panas, sampaikan dia baring kat air dalam toilet -..- Lepastu lama gila aku tunggu dia nak beranak, dri sebelum amek result sampai dah amek result. Haha, finallyyyyy 2nd april, 7 ekor anak kucing yang comel pun telah selamat dilahirkan. Tak silap aku mcm pukul 3am mcmtu aku tunggu si omey beranak, dia beranak mengalahkan manusia. Menjerit jerit hahaha, aku nak nangis tngok dia. Lepastu tadaaa~ bermulalah rutin harianku menjaga anak anak kucing, Gebu Bembu Toyen Oyen Toner/Toni Puma Komeng. HAHA

Nama mereka ni memang dahsyat, kecuali si Puma tu, aku tak panggil dia puma pun, sbb dia ni lebih kepada jembalang hitam, hahaha. Aku panggil dia hitam je, adik aku yg over namakan puma ^..^
Sejak ad anak tujuh ekor ni, omey ya Allah, dah macam alarm kat sebelah telinga aku serious tak tipu. Setiap lima minit dia mintak makanan, kadang kadang aku rasa mcam bela gajah, takpun raksasa. HAHA,
Komeng anak last, dia kan ibarat shark dengan remora fish, berdua je ikut ibu dia, lepastu baru baru ni komeng dah mempelajari skill baru, iaitu memekak dngan ibu dia mintak makanan. Aku ni drpd seorang yang produktif ceria dan kreatif hehhe terus bertukar menjadi murung sebab puas aku cakap kat omey ;

"EH AKAK PUN BELUM MAKAN AHHHH, SABAR LAHHH, EH OMEY KAU FAHAM TAKKKK, KAU SURUH ANAK KAU TU SENYAP SIKIT, KAN TAD BARU JE BAGI MAKANAN :'( "

Tapi macam biasaaaa ;

"MEAWW ! MEAWMEAWMEAWWWMEAWWWWMEMEMEAWAWAWMEAW GRRR :O"

Stress wo hahaa, tapi sebenany macam misi aku terlaksana lah sepanjang menganggur ni, aku telah berjaya menyumbang 7 ekor anak kucing kepada dunia :') tsssk

Last but not least, jangan sangka si komeng ni lemah, kalau campak ayam seketul, dalam 7 ekor tu, komeng yang berjaya merampas ayam tersebut, WAAHHH ! Haha bak kata pepatah, kecil kecil cili padi/api. HAHA. Okaylah salam uolls. Hak huk !

p/s; baca tajuk secara terbalik, baca sekarang !